top of page

Penyertaan ke dalam BRICS beri manfaat hubungan strategik Malaysia



Penyertaan Malaysia ke dalam BRICS dijangka akan memberi manfaat lebih besar kepada negara terutama dalam hubungan strategiknya.


Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah dipetik laporan media berkata, penyertaan itu bakal menjadikan suara Malaysia didengar dalam perbincangan yang melibatkan kuasa utama dunia.


Selain itu ia turut akan memberi manfaat berkaitan promosi perdagangan, pembiayaan pembangunan melalui New Development Bank (NDB), ataupun pengaturan mata wang baharu yang sekaligus memberi kelebihan kepada ekonomi negara.


"Membina hubungan dengan negara-negara utama ini akan menjadikan ekonomi kita lebih berdaya tahan,” katanya.


Beliau mengulas hasrat Malaysia menyertai BRICS, akronim yang merujuk kepada blok yang pada asalnya terdiri daripada ekonomi negara-negara sedang memuncul seperti Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan.


BRICS, yang pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi negara-negara memuncul, menyaksikan Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertai kumpulan ini sebagai ahli baharu pada Januari 2024.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohd Faiz berkata, hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai peralihan daripada hubungan tradisi lama negara ini, termasuk dengan negara-negara Barat.


"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan pada pelbagai kesempatan, dalam tradisi diplomasi terbaik kita, Malaysia akan berusaha untuk memanfaatkan kelebihan antara pelbagai hubungan kita," katanya sambil menegaskan Selatan Global adalah realiti strategik yang tidak boleh diabaikan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page