top of page

Penyelesaian masalah miskin tegar tidak berdasarkan kaum - PM



Oleh: Akmal Manaf


Pendekatan Kerajaan Perpaduan dalam menoktahkan miskin tegar di negara ini dilakukan tanpa mengira kaum.


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesiapa sahaja yang termasuk dalam golongan dan merupakan warganegara, wajib dibantu tanpa sebarang bentuk diskriminasi.


Pada masa sama, beliau turut mengakui majoriti yang miskin adalah dalam kalangan masyarakat Melayu, namun kategori termiskin dalam kalangan rakyat miskin itu merupakan kaum India.


"Sebagai contoh, apabila kita menyelesaikan miskin tegar di Kuala Lumpur, kita tidak mengikut kepada kaum... ini bermakna semua masyarakat miskin tegar (melibatkan) Melayu, jumlah kecil masyarakat Cina, tapi besar (jumlahnya) dalam masyarakat India, itu kita diselesaikan.


"Tidak benar dikatakan hanya untuk Melayu, tetapi tentunya majoriti adalah masyarakat Melayu.


"Jadi, saya harap penjelasan ini jelas dan sekiranya ada kenyataan sebaliknya, maklumkan kepada saya kerana ia bertentangan dengan dasar kita," tegas beliau ketika sesi Pertanyaan Menteri-Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan S Kesavan (PH-Sungai Siput) yang meminta Perdana Menteri menoktahkan kemiskinan semua kaum walaupun majoriti paling miskin adalah daripada kaum Melayu, namun kategori termiskin dalam kalangan yang miskin adalah daripada kaum India.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page