![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_d0f4f74042cb473aabf368fde92b7a4e~mv2.jpg/v1/fill/w_700,h_475,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_d0f4f74042cb473aabf368fde92b7a4e~mv2.jpg)
Menjelang musim tengkujuh akhir tahun ini Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, bertopi) turun padang bersama penduduk dan team JPKKP Kampung Batu 5 untuk bergotong royong membersihkan kawasan.
Menurut beliau, fokus utama adalah menebang pohon tua yang berhampiran beberapa buah rumah penduduk dan dikhuatiri akan tumbang pada musim hujan dan ribut.
"Tujuan utama adalah bagi menebang sepohon pokok besar yang telah berusia lebih 80 tahun.
"Kedudukan pokok ini yang terletak berdekatan dengan rumah penduduk juga telah menimbulkan kebimbangan dan berisiko untuk tumbang jika berlaku lagi kejadian ribut.
"Saya dimaklumkan bahagian pangkal pokok ini juga telah reput akibat dimakan anai-anai," katanya.
Firdaus berpuas hati dengan semangat dan kerjasama antara team JPKKP dan para penduduk kampung yang memudahkan kerja kerja menebang pokok serta membersih kawasan.
Commentaires