top of page

Penyelaras DUN Gurun lawat tanah perkuburan rosak akibat hujan lebat



Penyelaras DUN Gurun, Mohamad Firdaus Johari (gambar, berbaju merah) kelmarin melawat Tanah Perkuburan Islam Raudhatul At-Taqwa di Kampung Bongkok, Gurun yang terjejas teruk akibat kejadian ribut beserta hujan lebat baru baru ini.


Beliau dalam lawatan tersebut menemui ahli jawatankuasa bertindak tanah perkuburan berkenaan, Hj Ramli serta Fazli @ Pali bagi menangani isu-isu berkaitan bencana.


"Melalui tinjauan pada petang ini, saya dapat melihat keadaan sekitar kawasan yang terjejas dan mendengar aduan dari penduduk terbabit berkaitan kejadian yang berlaku dan kerosakan yang perlu dibaiki dengan segera.


Pondok tanah perkuburan mengalami kerosakan akibat ribut kencang

"Beberapa perkara telah dibincangkan bersama, khususnya mengenai tindakan susulan dan usaha yang boleh dilakukan bagi memulihkan keadaan ini. Ianya bagi menjamin keselesaan dan kemudahan untuk anak-anak kariah," katanya.


Beliau berharap dapat membantu segera membaiki kerosakan di tanah perkuburan berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page