top of page

Penyedia platform media sosial perlu hormat pendirian Malaysia - Fahmi



Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap semua penyedia platform media sosial menghormati pendirian Malaysia termasuk pelaporan kenyataan anggota pentadbiran.


Harapan itu disuarakan susulan tindakan syarikat penyedia platform Facebook, Meta yang baru-baru ini bertindak menurunkan artikel pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas.


"Pada Jun nanti, inshaAllah saya akan mengadakan pertemuan dengan semua platform untuk memberi penegasan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.


"Kepimpinan yang ada, kami mempunyai pendirian yang sangat jelas dalam beberapa perkara," katanya dipetik.


Terdahulu, Meta kembali memuat naik laporan berita pertemuan Anwar dengan pemimpin Hamas di platform media sosialnya yang diturunkan sejak kelmarin.


Susulan itu kerajaan Malaysia memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap Meta dan pengendali media sosial lain jika mereka terus menyekat kandungan pro-Palestin di platform masing-masing.


Sementara itu, Fahmi berharap insiden membabitkan pengendali platform media sosial seperti itu tidak berulang pada masa hadapan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page