top of page

Penyedia platform media sosial perlu guna AI sekat aktiviti jenayah



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa pengendali platform media sosial lebih proaktif membantu kerajaan menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang di akaun laman sosial kendalian mereka.


Beliau yang ditemui pemberita di Subang Jaya pada Isnin berkata, penyedia platform media sosial sepatutnya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyekat anasir-anasir yang memudaratkan itu.


"Beberapa minggu lepas, tular di platform X mengenai satu halaman Facebook yang menjurus kepada kesalahan berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.


"Saya percaya Meta (penyedia platform) telah menurunkan kandungan itu, tapi masalahnya Meta tidak proaktif, hanya setelah dibangkitkan, baru (buat) dan sepatutnya dia telah flag daripada awal.


"Apa guna ada AI? Apa guna mereka ambil duit dari rakyat Malaysia iaitu pendapatan Facebook pada tahun 2023 adalah RM2.5 bilion.. takkan mereka tidak ada (cara) untuk buat saringan automatik terhadap halaman-halaman jenayah ini?" katanya dipetik.


Terdahulu Fahmi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan merasmikan Persidangan Carian Antarabangsa Ke-8: ‘Evolusi Media - Mengemudi Kelestarian dan Gangguan dalam Dunia Dinamik’ di Taylor’s University.


Sementara itu tegasnya, langkah kerajaan memperkenal Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah tepat.


Tiga jenayah utama iaitu scam dan judi dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak kini dikesan banyak ‘berhijrah’ ke ruang maya.


"Ini antara sebab kenapa kita mahu platform-platform ini dilesenkan secara automatik," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page