top of page

Penyasaran tidak hapus pemberian subsidi - Menteri KPDN



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tampil menjelaskan kekeliruan rakyat susulan pengumuman penyasaran subsidi diesel oleh Perdana Menteri.


Menterinya, Datuk Seri Armizan Mohd Ali menegaskan kerajaan tidak menghapus atau memansuhkan pemberian subsidi sebaliknya hanya melakukan penyasaran semula subsidi bahan api diesel agar ia benar-benar dinikmati golongan yang layak sahaja.


"Penyasaran semula subsidi bahan api bukanlah keputusan tergesa-gesa kerajaan. Apa yang dilakukan kerajaan bukan penghapusan mahupun pemansuhan, sebaliknya hanya penyasaran semula subsidi bahan api diesel.

"Ia melibatkan dua pemegang utama, pertama dalam konteks untuk menyelaraskan harga runcit bahan api diesel tersebut di stesen-stesen minyak, harga yang akan ditawarkan kepada semua pihak termasuk warga asing.


"Tetapi ada juga harga pada kadar khas yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan sasar melalui pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan fleet card," katanya dipetik selepas Sesi Penyerahan Fleet Card SKDS 2.0 kepada 15 syarikat pengangkutan darat bersama wakil syarikat minyak di Klang semalam.


Menurut Armizan, langkah penyasaran subsidi ini menggunakan mekanisme yang lebih rapi secara digital untuk membantu aspek penguatkuasaan.

Selain itu, komponen kedua penyasaran semula subsidi di luar stesen minyak ialah untuk memberikan bantuan sosial kepada golongan sasar terlibat yang mempunyai kebergantungan tinggi terhadap bahan api diesel.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Perutusan Negara yang disiar pada Selasa mengumumkan penyasaran subsidi bahan api itu.


Melalui langkah terbaharu yang mengecualikan warga asing dan golongan T20 menikmati subsidi itu, kerajaan dijangka mampu membuat penjimatan secara kasar sekitar RM4 bilion setahun.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page