top of page

Penyasaran subsidi: Wakil rakyat kerajaan perlu cekal, bukan serang sesama sendiri



Ahli Parlimen dan ADUN Kerajaan Perpaduan perlu cekal dan terus menyokong keputusan melaksanakan polisi penyasaran subsidi biarpun menghadapi kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap baru baru ini.


Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Haziq Azfar, tidak ada gunanya wakil rakyat Kerajaan menyalahkan polisi penyasaran susbidi berkenaan sebagai punca kekalahan kerana polisi yang baik memerlukan masa untuk diterima rakyat terbanyak.


"Wakil rakyat Kerajaan perlu terus mendokong usaha pelaksanaan subsidi bersasar dan tidak terikut-ikut dengan dakyah pembangkang yang anti reformasi fiskal.


"Beberapa reaksi sinis wakil rakyat Kerajaan (kebelakangan ini) mengaitkan usaha penyasaran subsidi terhadap keputusan PRK Sungai Bakap ternyata tidak produktif, malah menambah beban terhadap moral Kerajaan Perpaduan untuk terus melaksanakan reformasi," katanya dalam kenyataan.


Kata Haziq, ketidakberanian kerajaan sebelum ini untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi adalah kerana kesukaran menguruskan reaksi orang awam.


Bagaimanapun, kata beliau, polisi baharu tersebut tetap perlu dilakukan demi mencambah pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan hutang negara setinggi RM1.5 trilion yang akan menggadaikan masa hadapan golongan muda Malaysia.


"Hanya dengan reformasi fiskal, pengagihan kekayaan lebih adil dapat dibuat, keyakinan terhadap pelabur boleh ditingkatkan dan seterusnya menambah peluang pekerjaan berkualiti tinggi serta meningkatkan permintaan dan memulihkan prestasi Ringgit.


"Justeru, walaupun sukar dan penuh ranjau, wakil rakyat Kerajaan perlu terus cekal dan istiqamah mendokong usaha penyasaran subsidi ini, dan tidak menyerang mana-mana pimpinan Kerajaan yang melakukan perkara yang betul demi kepentingan rakyat terbanyak," katanya lagi.


Penyasaran subsidi diesel menjadi senjata ampuh kepada Perikatan Nasional dalam PRK Sungai Bakap baru baru ini.


Kempen mengelirukan rakyat bahawa subsidi telah ditarik balik oleh Kerajaan menyebabkan pengundi tradisi Pakatan Harapan (PH) kurang keluar mengundi sehingga calon PH Cikgu Joohari Ariffin kalah teruk dengan majoriti lebih 4,000 undi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page