top of page

Penyasaran subsidi: Jualan diesel komersial meningkat 4 juta liter



Penyasaran subsidi ternyata berjaya menyekat ketirisan bahan api kepada sektor komersial yang sepatutnya membeli pada harga pasaran, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan


Beliau berkata perkara itu dapat dilihat pada jualan runcit diesel di stesen minyak menurun hampir lapan juta liter sehari atau 30 peratus pada minggu pertama selepas penyasaran subsidi berbanding minggu sebelumnya.


Beliau berkata, jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak empat juta liter sehari dalam tempoh sama.


"Ini bermakna sebahagian penggunaan diesel runcit bersubsidi selama ini telah digunakan oleh sektor industri yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran.


"Trend peningkatan jualan diesel komersial menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi telah berkurang.


"Antara maklumat yang diterima daripada salah satu syarikat minyak jualan diesel di sempadan, menunjukkan penurunan 40 peratus dan mengesahkan sebelum ini memang wujud aktiviti penyeludupan diesel ke negara sempadan," katanya dipetik BH.


Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan mengenai pelaksanan penyasaran semula subsidi diesel ketika sidang Dewan Rakyat hari ini.


Amir Hamzah berkata pasukan keselamatan dan pelbagai agensi penguatkuasaan terus melakukan operasi membendung aktiviti penyeludupan bagi memastikan kestabilan bekalan barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatutan harga di pasaran.


"Ops Tiris 3.0 yang berlangsung pada 1 Januari hingga 22 Jun lalu merekodkan sebanyak 570 kes melibatkan sitaan minyak diesel sebanyak lebih 5.1 juta liter dengan anggaran nilai hampir RM12 juta.


"Nilai rampasan aset dan peralatan berjumlah RM46 juta serta 275 tangkapan telah dilaksanakan ke atas individu terlibat," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page