top of page

Selepas 5 bulan: Penyasaran subsidi diesel tidak naikkan harga barangan



Oleh: Akmal Manaf


Penyasaran subsidi diesel sejak pertengahan tahun ini terbukti tidak menaikkan harga barangan sebagaimana dispekulasikan oleh pihak pembangkang dan para pengkritik kerajaan.


Bagi Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Bryan Ng Yih Miin, teori sesetengah pihak bahawa harga barang akan melambung apabila diesel yang dijual pada RM2.15 seliter sebelum Jun 2024, meningkat kepada RM3.35 berdasarkan harga pasaran, amat tersasar dan tidak menjadi kenyataan.


Katanya, jangkaan sektor pengangkutan bakal menaikkan kos penghantaran dan akan menyebabkan kesan rantaian berlaku kepada harga semua jenis barangan sama sekali tidak berlaku.


Sehubungan itu, Bryan Ng menyelar pihak pembangkang dan para penyokong mereka yang hanya membangkitkan isu tanpa solusi dan mengelirukan rakyat pada bulan bulan awal penyasaran subsidi diesel.


"Sememangnya pihak pembangkang hanya melontar fitnah tanpa fakta atau tanpa memberikan gambaran sebenar keadaan (dalam isu diesel).


"Terutamanya ada yang hanya menumpukan kepada satu jenis barangan (kenaikan) dan ada juga pembangkang yang tidak kompeten, langsung tidak melihat kepada statistik dan fakta," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Menurut beliau selepas penyasaran subsidi diesel, terbukti harga barangan tidak jauh beza seperti sebelum penyasaran dilakukan.


Hal itu, katanya kerana kerajaan bertindak bijak dengan memberi fleet card diesel bersubsidi kepada sektor pengangkutan, juga mengekalkan subsidi kepada nelayan dan sebagainya untuk mengekang kenaikan kos.


Malah kata beliau, enam bulan selepas polisi penyasaran subsidi itu diperkenalkan, harga beberapa jenis barangan keperluan rakyat didapati telah turun.


Misalnya, berdasarkan semakan harga yang dilakukan pada 10 Jun lalu kadar harga bagi kobis panjang tempatan sekitar RM6.60 telah turun kepada RM5.60 sekilogram pada 26 Ogos lalu.


Bagi tomato pula turut menyaksikan penurunan harga iaitu RM4.34 pada 30 September, berbanding RM7.15 pada 10 Jun lalu.


"Jelas.. harga barangan menurun walaupun penyasaran diesel dilakukan dan ada juga barangan lain yang harganya kekal.


"Adalah penting untuk rakyat memahami harga barangan asas tidak hanya bergantung kepada harga bahan api (setelah penyasaran subsidi) kerana harga diesel masih sama untuk peniaga dan pemborong, mereka menikmati subsidi seperti sebelum ini.


"Namun, harga barangan juga bergantung kepada 'supply and demand' ekonomi dan pasaran dunia serta keadaan sekeliling termasuk cuaca yang memberi kesan kepada pengeluaran sayur-sayuran," kata beliau lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page