top of page

Penyasaran subsidi diesel: ‘Pembangkang tidak perlu takutkan rakyat’


Oleh: Abdullah Zaid


Momokan pihak pembangkang mempertikai usaha kerajaan melaksanakan dasar penyasaran subsidi diesel tidak sewajarnya berlaku.


Menyifatkan dakwaan bahawa semua barang akan naik berikutan penyasaran subsidi hanya akan menakutkan rakyat, Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar berkata, tujuan penyasaran bukan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya hanya menumpu kepada golongan tidak layak daripada terus menikmati bahan bakar berkenaan.


"Saya fikir mereka tidak perlu cuba takutkan rakyat, kerana penyasaran subsidi diesel ini hanya menbendung masalah ketirisan dan penyeludupan serta golongan yang tidak layak terus menikmati subsidi ini.


"Perubahan ini sepatutnya disokong oleh pembangkang kerana ia jelas membawa perubahan yang baik kepada negara kita," katanya kepada Suara Keadilan.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia.


Jelas Onn lagi, usaha penyasaran subsidi diesel ini akan memberi penjimatan kepada kerajaan sekitar RM4 bilion setahun dan seharusnya disokong oleh rakyat Malaysia.


Katanya, rakyat tidak perlu khuatir kerana pembangkang juga pernah mendakwa harga ayam akan naik apabila subsidi dihentikan oleh Kerajaan Perpaduan. Ternyata hari ini harga ayam bulat lebih murah berbanding ketika pentadbiran PN dua tahun lalu biar pun tanpa subsidi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page