top of page

Penyasaran subsidi diesel: Kaji keperluan bahan api petani, pekebun



Penyasaran subsidi diesel yang dijangka akan bermula Jun ini dengan mekanisme pemberian tunai ganti subsidi ke dalam akaun pengguna diesel dilihat sebagai jalan terbaik bagi menghentikan ketirisan bahan api itu akibat aktiviti penyeludupan.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, sekarang merupakan waktu terbaik untuk penyasaran subsidi setelah peruntukan subsidi pukal meningkat sehingga RM10 bilion setahun berbanding empat tahun lalu sekitar RM1 bilion.


"Seperti yang kita sedia maklum, tidak ada masa yang baik untuk kerajaan mengurangkan subsidi bahan api.


"Sesungguhnya sebarang pembaharuan dasar akan disertai dengan kesakitan dan tentangan. Kuncinya terletak pada sama ada pemimpin mempunyai keberanian dan kebijaksanaan politik yang mencukupi untuk menghadapi cabaran ini dan mengambil langkah berkesan untuk mengurangkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati rakyat," kata Andre Lai dalam kenyataan.


Bagaimanapun, kata Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu, biar pun pengagihan susidi bagi kenderaan komersial menggunakan Fleet Card dan kenderaan perniagaan kecil menerusi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) dengan pemberian bulanan RM200 dilihat tiada masalah, namun bagi pengagihan subsidi kepada petani ianya terdapat sedikit kekurangan.


Kata Andre Lai, berkemungkinan petani menggunakan diesel lebih banyak daripada data yang diperolehi kerajaan kerana mereka mempunyai generator diesel, pam air dan sebagainya selain kenderaan.


Jelasnya, petani perlu menggunakan 200 hingga 400 liter diesel sebulan dan subsidi RM200 jauh daripada menampung peningkatan kos apabila harga diesel diapungkan.


Tambah beliau pelaksanaan dasar subsidi baharu mungkin mencetuskan gelombang kenaikan harga ke atas makanan sekiranya masalah kepada petani itu tidak diatasi segera.


"Dalam memajukan pembaharuan subsidi ini, kerajaan perlu mempertimbangkan bagaimana untuk menyokong kumpulan yang terjejas dengan lebih baik.


"Sebagai contoh, kita boleh membantu petani kecil dan pekebun kecil mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan kecekapan pengeluaran dengan peningkatan pemberian subsidi pertanian, menyediakan sokongan teknikal dan latihan, dan menambah baik infrastruktur.


"Pada masa yang sama, kerajaan harus mengukuhkan penyeliaan pasaran untuk mengelakkan peniaga daripada mengambil peluang untuk menaikkan harga dan melindungi ketertiban pasaran serta kepentingan awam," ujarnya.


Menyifatkan pelaksanaan subsidi bahan api bersasar adalah pilihan dasar yang kompleks dan sukar kerana akan berlaku kenaikan harga di banyak peringkat walaupun kecil, dan ianya akan digunakan pembangkang sebagai modal menyerang kerajaan namun kata Andre Lai polisi baharu subsidi tetap penting untuk ketahanan ekonomi negara pada jangka panjang.


"Walaupun ia akan membawa tekanan sosial dan ekonomi tertentu dalam jangka pendek, namun dalam jangka panjang, ia akan menyumbang kepada kesihatan fiskal negara dan pembangunan ekonomi yang mampan.


"Pendapat saya, saya menyokong usaha ini meskipun ia juga menjejaskan saya sebagai pengguna kenderaan. Saya percaya, ia adalah satu keputusan yang sukar, namun untuk jangka masa panjang, dapat memastikan kelancaran pelaksanaan dasar sosio ekonomi, dan seterusnya membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page