top of page

Penyasaran subsidi diesel bermula jam 12 tengah malam ini



Pelaksanaan dasar penyasaran subsidi diesel bermula pada pukul 12.00 tengah malam ini di seluruh Semenanjung Malaysia.


Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan penyasaran subsidi itu yang menetapkan harga diesel diapungkan mengikut harga pasaran antarabangsa pada jam 5.00 petang tadi.


"Kerajaan menetapkan harga runcit diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 12.00 tengah malam pada hari Isnin, 10 Jun 2024 di stesen stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, bagi dasar penyasaran subsidi itu kerajaan telah memperkenalkan beberapa kaedah untuk memberi terus subsidi diesel ke dalam akaun pengguna, sama ada sektor perniagaan atau individu.


Kaedah pertama, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 yang menggunakan kaedah fleet card bagi kenderaan logistik untuk membendung kesan terhadap harga barang pengguna dan harga ditetapkan RM2.15 seliter


Kaedah kedua, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 1.0 bagi kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba yang kekal pada harga RM1.88 seliter.


Juga melalui kaedah, diesel bersubsidi untuk nelayan yang kekal pada harga RM1.65 seliter.


Selain itu penyasaran subsidi juga, kata Amir, diperkenalkan dalam bentuk tunai melalui bantuan subsidi BUDI Madani .


"Bantuan tunai BUDI Madani ini memberi individu (pemilik kenderaan) sebanyak RM200 sebulan kepada warganegara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian untuk menampung perbelanjaan bahan api diesel yang meningkat," katanya lagi.


Selain itu, terdapat juga bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan bagi petani dan pekebun kecil komoditi untuk mengurangkan kesan kepada punca pendapatan mereka.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page