top of page

'Penyasaran subsidi bukan untuk bebankan rakyat' - Rafizi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Langkah kerajaan melaksana polisi penyasaran subsidi bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat, tegas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Melalui Podcast "Yang Bakar Menteri" Episod 4 disiarkan pada Isnin, Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, sekiranya penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.


Justeru pelaksanaan langkah tidak popular itu sebenarnya, kata beliau, bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi negara


"Selain ketirisan dan penyeludupan berlaku membabitkan bahan itu yang merugikan negara, kerajaan terpaksa berbelanja besar sehingga RM52 bilion.


"Baik kita bagi subsidi kepada keluarga yang betul-betul susah dan memerlukan daripada kita subsidi itu disalah guna," katanya menjawab pertanyaan blogger Salim Iskandar yang mendakwa langkah penyasaran subsidi hanya akan menyusahkan rakyat.


Mengulas lanjut Rafizi berkata, mekanisme pengagihan subsidi minyak sebelum ini digunakan semaksimum mungkin dan menguntungkan oleh golongan kaya kerana mereka mempunyai kenderaan lebih daripada satu.


Manakala bagi golongan bawahan yang hanya memiliki contohnya sebuah motosikal hanya menerima sedikit manfaat daripada mekanisme pengagihan tersebut


"Ada baiknya ambik duit itu dan alihkan kepada keluarga-keluarga yang lebih layak. Sebab dengan cara itu sahaja ekonomi negara dapat dirancakkan kerana, dan boleh mengurangkan hutang," tambah Rafizi.


Kerajaan melaksana penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran bermula 10 Jun lalu.


Seiring langkah itu, kerajaan turut mengagihkan bantuan bersasar RM200 sebulan kepada penerima subsidi yang layak melalui insentif BUDI MADANI dan BUDI Agro-Komoditi.


Manakala bagi syarikat pengangkutan awam dan barangan yang layak, mereka bakal terus menikmati harga diesel bersubsidi melalui penggunaan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page