top of page

Penyasaran subsidi: Anwar pemimpin berani betulkan masalah ketirisan



Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang bakal dilaksana kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu langkah berani.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, walaupun kerajaan sebelum ini menyedari berlakunya ketirisan dalam pengagihan subsidi itu, namun tiada pemimpin yang mahu memperbetulkan kesilapan sehingga mengakibatkan ketirisan semakin serius.


"Jika kerajaan tidak melaksanakan subsidi bersasar, maka ketirisan akan terus berlaku malah semakin hari semakin serius. Adalah sangat penting untuk kita memperbetulkan kesilapan pada masa silam.


"Kerajaan MADANI memilih untuk mengambil sikap dengan penuh tanggungjawab bagi menjamin kelangsungan masa depan negara. Pelaksanaan ini juga dapat menjimatkan RM4 bilion setahun seterusnya dapat digunakan untuk faedah rakyat," katanya dipetik.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel bagi pengguna di Semenanjung.


Sambil memberi jaminan golongan yang layak akan terus menikmati subsidi bahan api itu melalui bantuan tunai, beliau yang juga Menteri Kewangan menjangkakan langkah itu mampu memberi penjimatan kepada kerajaan secara kasar kira-kira RM4 bilion setahun.


"Kita tidak mahu ketirisan. Setiap kerajaan datang silih ganti semua cakap saja, tiada seorang pun berani buat.


"Akhirnya, individu bernama Anwar Ibrahim sahaja yang sanggup tampil ke hadapan untuk melakukan reformasi yang amat penting ini.


"Adalah sangat penting program sasaran subsidi ini dilakukan untuk memperbetulkan kesilapan pada masa silam," tambah Kor Ming.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page