top of page

Penubuhan Majlis Media Malaysia langkah tepat jaga kebajikan wartawan



Oleh: Akmal Manaf


Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) yang berperanan antaranya untuk menjaga kepentingan media dan pengamalnya merupakan keputusan kerajaan yang tepat pada masanya.


Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing menyifatkan, Rang Undang-Undang (RUU) MMC adalah satu langkah proaktif yang menarik.


Katanya, pembentukan MMC di bawah RUU itu juga menarik kerana ia antara lain memastikan kepelbagaian dengan menjamin penyertaan golongan wanita dan Malaysia Timur.


''RUU ini juga menyediakan platform bagi MMC untuk merangka dan menetapkan prosedur serta mekanisme aduan bagi menangani aduan atau layanan yang dipercayai salah atau tidak adil.


''Saya juga berharap MMC dapat memainkan peranan dalam membantu petugas media. Minggu lalu, Fahmi (Menteri Komunikasi) mengetengahkan nasib lebih 100 petugas media yang diberhentikan tahun lepas.


''Terdapat juga kes pekerja tidak dibayar gaji dan tidak menerima pampasan.


''Oleh itu, adalah tepat pada masanya kita bergerak ke arah menubuhkan Majlis Media sekali gus meluluskan RUU berkenaan,'' ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Kar Hing berkata, beliau mengambil maklum bahawa MMC akan mempunyai sehingga 21 ahli, dengan pelbagai keahlian merangkumi wakil pemilik media, pekerja industri media dan NGO berkaitan.


Justeru, beliau berharap komitmen untuk melindungi kebebasan media dan menegakkan etika kewartawan dapat dilihat menerusi penubuhan MMC.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page