top of page

Penjawat awam waktu kerja fleksi pulang setengah jam awal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 28
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Penjawat awam yang memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan tahun ini dibenarkan untuk pulang ke rumah setengah jam lebih awal.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bagaimanapun mengingatkan kakitangan kerajaan agar menyiapkan tugasan mereka terlebih dahulu sebelum pulang.


''Semua penjawat awam sebelum ini telah mendapat maklumat mengenai waktu bekerja fleksi bulan Ramadan.


''Terdapat dua pilihan iaitu penjawat awam boleh memendekkan waktu rehat mereka kepada 30 minit (agar baki lagi 30 minit dapat digunakan pada waktu petang untuk pulang ke rumah).


''Atau mereka mahu mengekalkan waktu bekerja sedia ada (seperti sekarang).


''Apa pun, mereka boleh rujuk sama ada kepada ketua bahagian atau jabatan mereka untuk penjelasan sekiranya masih belum mengisi borang tersebut atau memaklumkan pilihan mereka,'' kata Fahmi dalam sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.


Berdasarkan laporan media sebelum ini, mekanisme Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi kakitangan awam di Selangor adalah dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan petugas pulang lebih awal.


Waktu masuk bekerja antara 7 hingga 9 pagi. Waktu rehat bagi Isnin hingga Khamis antara 1 hingga 1.30 tengah hari manakala Jumaat bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Manakala waktu pulang pada 4 hingga 5.30 petang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page