top of page

Penjawat awam T'ganu ramai, diguna untuk tujuan propaganda?



Jumlah penjawat awam Terengganu meningkat drastik pada era pemerintahan Pas menimbulkan persoalan mengenai prestasi mereka, pada waktu sama pertumbuhan mendadak kakitangan itu menghakis bajet pembangunan kerana digunakan untuk membayar gaji.


Sehubungan itu, Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, meminta penjelasan mengenai peningkatan jumlah kakitangan awam yang katanya, sepatutnya tidak berlaku secara drastik ke angka 14,000 orang berbanding negeri Pulau Pinang yang lebih maju tetapi kakitangannya hanya sekitar 4,022 orang.


"Jumlah kakitangan awam 14,000 orang tetapi output atau hasil dijana dari jentera kerajaan itu jauh lebih rendah daripada (produktiviti) kakitangan awam di Pulau Pinang.


"Negeri (Pulau Pinang) dipimpin DAP yang dibenci Pas tetapi hasil dijana kakitangan awam di sana jauh lebih baik daripada Terengganu. Kenyataan ini menunjukkan kegagalan teruk pentadbiran MB Terengganu," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pendedahan di media sosial baru baru ini pula, didapati jumlah kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu era BN memerintah pada 2017 hanya berjumlah 7,128 orang.


Namun jumlah terkini penjawat awam Terengganu telah mencecah 14,000 berdasarkan laporan Kosmo berkenaan jumlah kakitangan Kerajaan Negeri yang layak menerima bonus sebanyak RM500 pada 1 Disember 2024 lalu.


Hal tersebut, dakwa Ahmad Nadhir berlaku kerana kerajaan Pas lebih mengutamakan lantikan politik yang tidak jelas tugas mereka selain menyebarkan propaganda kepartian.


"Di mana (kerajaan) lebih mengutamakan lantikan politik yang sangat tidak produktif. Pihak mereka menggunakan kuasa lantikan diberi (melantik) kepada ahli akar umbi Pas. Ahli akar umbi ini tidak kompeten untuk bekerja dan menambah hasil bagi pihak Kerajaan Negeri.


"Jadinya lantikan politik lebih tertumpu kepada jentera propaganda dan jentera penerangan yang kerjanya setiap hari menghasut rakyat Terengganu memburukkan Kerajaan Persekutuan," ujar beliau lagi.


Tindakan melantik kakitangan untuk tujuan politik kata beliau, menyebabkan baru baru ini laman web rasmi kerajaan juga sesekali digunakan untuk propaganda politik, dan hal itu sekiranya dilakukan oleh Kerajaan Madani sudah pasti akan mengundang kecaman daripada pihak pembangkang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page