top of page

Penjawat awam perlu tingkat prestasi selaras kenaikan gaji - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua penjawat awam memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik kepada rakyat selaras dengan kenaikan gaji yang bakal dilaksanakan kerajaan pada Disember ini.


Perdana Menteri berkata terdapat beberapa sebab mengapa kerajaan memutuskan pelarasan gaji paling tinggi dalam sejarah negara sejak merdeka kepada penjawat antaranya ia sudah lebih sedekad tidak dikaji semula.


"Pertama (kerana) negara (terus) membangun tetapi selama 12 tahun tidak ada kajian menyeluruh kenaikan gaji dan kedua mengiktiraf peranan mereka (penjawat awam)


"Walaupun ada suara bangkang yang tak pernah kenal erti syukur dan tak pernah nak terima kenyataan, tapi percayalah apabila saya umumkan nanti, sebahagiannya bulan Ogos dan lengkapnya seperti mana yang saya janjikan pada Oktober, (pembentangan) Belanjawan Negara (pelarasan gaji) dilaksanakan mulai 1 Disember," katanya semasa berucap pada Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Sebelum ini media melaporkan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam bakal diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Perdana Menteri berkata penjawat awam juga perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam membangunkan negara selain tidak bekerja dalam keadaan silo atau bersendirian.


"Dalam negara Madani ini kita kena pastikan ekonomi mampan dan Alhamdulillah seperti mana yang dilaporkan, kekuatan ringgit yang menjadi masalah kepada kita, kembali dengan meyakinkan. Prestasi (pergerakan) ringgit hari ini terbaik berbanding 14 tahun lepas.


"Asasnya apa? Negara tentunya kerana politik yang stabil, dasarnya jelas, penjawat awam berdedikasi, pegawai sektor swasta... ini semua mempunyai peranan untuk menjayakannya," katanya.


Ringgit mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh yang terpanjang minggu lalu dalam tempoh 14 tahun berikutan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan aliran masuk dana asing.


Mata wang tempatan meningkat 1.6% berbanding dolar pada Jumaat, meningkat untuk hari ke-10 berturut-turut sekali gus menunjukkan prestasi terbaik sejak 2010.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page