top of page

Penjawat awam perlu lakukan perubahan, lantik kerajaan pro-rakyat



Perubahan pada pilihan raya 19 November ini tidak lengkap jika tidak disertai oleh penjawat awam dalam kerajaan Malaysia.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amiruddin Harun berkata demikian ketika berkempen di Putrajaya malam tadi.


Menurut beliau, penjawat awam harus sedar kerajaan yang memerintah pada ketika ini tidak mempunyai idea untuk memperbaiki ekonomi negara apatah lagi menaikkan kualiti kehidupan penjawat awam.


Katanya, terdapat parti yang sibuk beretorik Islam dalam kerajaan tetapi tiada pula program Islam yang jelas diperkenalkan kepada penjawat awam.


"Di Negeri Sembilan kita tak cerita tentang hudud, undang undang Islam tetapi kita laksanakan satu tanggungjawab, iaitu pinjaman tanpa faedah kepada penjawat awam di sana untuk pembelian kereta, motorsikal dan komputer.


"Ini kita laksanakan kerana kita tahu mereka tidak mampu lagi meneruskan kehidupan jika terus tertekan. Mereka tak mampu laksanakan tanggungjawab dengan baik jika keadaan mereka tertindas.


"Hari ini kita kena ubah. 19 November ini penjawat awam kena turun pastikan mereka tidak tidak memilih lagi kerajaan BN - PN tetapi memilih PH," katanya.


Beliau juga menyeru agar penjawat awam di seluruh Malaysia tidak termakan kempen 22 bulan PH gagal memerintah kerana ketika itu ketua kerajaan adalah Tun Mahathir yang memang tidak berniat untuk membawa reformasi kepada negara.


"Lupakan 22 bulan kerana ketika itu kita ditadbir oleh orang tua yang munafik bagi saya, tidak menunaikan janji. Kalau kita ditadbir oleh Anwar saya yakin pentadbrian kerajaan hari ini akan lebih baik," katanya.


Justeru beliau mengingatkan, jika penjawat awam tidak melakukan perubahan maka ekonomi rakyat akan bertambah teruk pada tahun tahun akan datang dan harga barang semakin mahal.


"22 bulan itu diulang tetapi mereka lupa dalam tempoh itu lebih baik daripada hari ini


"Kita lihat harga makanan dalam negara kita. Harga ayam RM10.40 sekilo di Seremban. Dapatlah untung RM1 kepada peniaga. Ketika 22 bulan harga ayam RM 8 sekilo maksimum.


"Harga minyak masak RM17 lima kilo tetapi hari ini harga mencecah RM32 lima kilo. Harga telur gred C ketika itu RM7 sepapan, hari ini mencecah RM13, telur pun tak ada.


"Saya hari ini ke pasar Melaka dan telur tidak dijual. Mereka berebut kalau ada. Harga sebiji 70 sen. Kita lihat bagaimana keadaan kerajaan keluarga Malaysia," katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka berkongsi pengalaman bertemu pengeluar telur paling besar di negeri tersebut dalam misi untuk memborong telur bagi dijual dengan harga bersubsidi di Negeri Sembilan.


Namun beliau terkejut kerana pengusaha berkata telur tidak ada kerana kerajaan BN - PN tidak menyelesaikan isu subsidi makanan ayam.


"Saya berjumpa pengeluar telur terbesar di Melaka. Saya cakap kerajaan Negeri Sembilan sanggup beli telur dan jual harga diskaun.


"Tetapi dia kata tak ada telur kerana Kerajaan Persekutuan janji kepada mereka nak selesaikan isu makanan ternakan tetapi sampai hari ini tak selesai," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page