top of page

Penipuan dalam talian: Kerajaan kaji langkah berkesan tangani scammer



Kerajaan MADANI terus tekad menangani isu 'scammer' atau penipuan dalam talian di negara ini.


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, menerusi kewujudan Portal Anti-Penipuan Kebangsaan dan kerjasama semua pihak berkepentingan, kerajaan akan terus mengambil tindakan tegas untuk membanteras jenayah dalam talian tersebut.


Selain itu, pihaknya juga bakal melaksana kajian strategi untuk masa depan dan melaksanakan langkah lebih berkesan bagi menangani isu penipuan tersebut.


"Langkah seperti peralihan daripada penggunaan OTP (kata laluan sekali guna) berasaskan SMS (khidmat pesanan ringkas), pengetatan peraturan pengesahan dan penubuhan talian khas untuk melaporkan penipuan kewangan telah memberikan hasil yang positif.


"Namun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook,


Terdahulu beliau memaklumkan, telah mengadakan perbincangan mengenai penipuan dalam talian yang semakin berleluasa dalam pertemuan bersama Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying pada Petang Selasa.


Perbincangan itu turut disertai wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia.


Untuk rekod, pada Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan bakal menggubal rang undang-undang (RUU) jenayah dalam talian bagi memerangi sindiket scammer.


Penggubalan RUU itu jelasnya dibuat selepas mengambil kira masa depan negara menuju ke arah digital.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page