top of page

Peningkatan hasil Selangor bukti kejayaan pentadbiran MB Amirudin - Halimey



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan Selangor yang diketuai Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi membuktikan kecekapan kewangan apabila menyaksikan peningkatan rizab negeri kepada RM4.5 bilion setakat Februari 2025, naik RM643 juta berbanding tahun lalu.


Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar berkata peningkatan itu berlaku kerana peningkatan kutipan hasil negeri yang memberangsangkan, iaitu mencecah RM691 juta dalam dua bulan pertama tahun ini memberi gambaran pertumbuhan ekonomi yang stabil.


"Tahun lalu, kutipan hasil mencapai RM2.8 bilion, melebihi sasaran RM2.2 bilion, menjadikan ini tahun keempat berturut-turut Selangor mengutip hasil lebih daripada yang disasarkan.


"Kejayaan ini membuktikan kestabilan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari dan membuktikan bahawa pengurusan ekonomi yang mampan dan efektif mampu memberi manfaat kepada rakyat.


"Pencapaian ini juga adalah hasil kerja keras semua penjawat awam negeri Selangor yang menjadi tulang belakang kejayaan pentadbiran negeri. Selangor terus berada di landasan yang tepat dengan hala tuju pembangunan yang inklusif dan progresif," kata beliau dalam satu kenyataan.


Susulan kejayaan itu, Halimey yang juga Penyelaras DUN Taman Medan berkata pembangkang di Selangor tidak seharusnya mengganggu gugat kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan kemajuan yang lebih baik kepada rakyat.


Tegas beliau, sebarang perubahan atau dimanipulasi isu oleh pihak tertentu demi kepentingan politik sempit tidak harus dibiarkan kerana hal itu boleh merencatkan manfaat yang sedang dinikmati masyarakat.


Dengan semangat ehsan dan kesepaduan dalam pentadbiran, kata beliau, Selangor akan dapat mencapai hasil negeri yang lebih tinggi pada tahun ini, sekali gus memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat Selangor.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page