top of page

Peniaga tawar satu set Menu Rahmah layak mohon kad diskaun



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyarankan setiap peniaga makanan menawarkan satu set Menu Rahmah bagi membantu meringankan beban rakyat.


Fuziah Saleh berkata, melalui usaha itu para peniaga secara automatik akan menikmati Kad Diskaun Khas Menu Rahmah sekaligus menikmati diskaun bahan mentah sehingga 30 peratus di tujuh pasaraya yang telah menjalin kerjasama dengan kementerian.

"Dengan kad diskaun ini, mereka lebih untung bagi pandangan saya kerana boleh digunakan untuk menu-menu lain juga.


"Sebagai contoh kalau peniaga tawarkan 10 menu misalnya, kita galakkan dia tawarkan satu Menu Rahmah sahaja," katanya dipetik selepas Majlis Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dan Kad Meriah Borong Mydin di sebuah pasaraya di Kota Bharu pada Sabtu.


Sementara itu Fuziah berkata, kerajaan telah mengambil langkah untuk memudahkan peniaga memohon kad diskaun tersebut.


Pada awal pelancarannya, peniaga diminta untuk membuat pendaftaran dan proses naziran dilakukan.


Namun kali ini pihaknya telah mengetepikan syarat itu dan semua peniaga layak secara automatik menikmati inisiatif itu apabila menawarkan satu set Menu Rahmah di premis mereka.

"Kita akui mungkin sebelum ini ada yang menarik diri kerana tiada bantuan dari segi kewangan.


"Bagaimanapun diharap dengan adanya Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dapat meningkatkan lagi kesedaran dan peniaga kembali menawarkan semula Menu Rahmah," katanya.


Sebagai rekod, tujuh pasaraya yang telah menjalin kerjasama dengan kementerian dengan menawarkan harga diskaun kepada peniaga melalui inisiatif itu ialah Mydin, Lotus, Giant, NSK, Segi Fresh, AEON dan Econsave.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page