top of page

Peniaga diberi amaran jangan naikkan harga menjelang Aidiladha



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terutama menjelang Hari Raya Aidiladha ini.


Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata, walaupun Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidiladha tidak dilaksana pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengekang kenaikan harga.


Sehubungan itu, lebih 2,200 penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga KPDN akan digerakkan setiap hari di premis termasuk kedai runcit dan pasar raya seluruh negara.


"Kita ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan tindakan tegas boleh diambil tindakan sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.


"Musim perayaan permintaan untuk barangan adalah tinggi, jadi kita harap peniaga tidak menaikkan harga," katanya dipetik selepas merasmikan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) 2024 di Seremban pada Sabtu.


Fuziah sementara itu berkata, kementerian juga proaktif melakukan pemantauan terhadap bekalan barangan asas dalam negara termasuk minyak masak paket bersubsidi untuk keperluan isi rumah.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page