top of page

Pengurangan subsidi petrol tetap dilaksana tahun ini - Rafizi

Updated: May 7



Kerajaan akan tetap melaksanakan pengurangan subsidi petrol tahun ini bagi memastikan usaha mengecilkan fiskal negara tercapai.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dipetik laporan media berkata, pengurangan subsidi akan dilaksana secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.


"Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakannya (rasionalisasi subsidi petrol).


"Untuk mencapai sasaran fiskal 4.3%, garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi," katanya dipetik Bloomberg.


Sebelum ini, firma penyelidik menjangkakan proses dan tempoh masa rasionalisasi subsidi dijangka dilaksanakan secara berperingkat, mengambil isyarat daripada sasaran kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion pada 2024 .


Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini mendedahkan inflasi keseluruhan pada 2024 dijangka berada antara 2% dan 3.5% selepas mengambil kira potensi kenaikan disebabkan oleh rasionalisasi subsidi terutamanya petrol.


Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour pada pada sidang media Laporan Tahunan 2023, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2023 berkata, walaupun rasionalisasi subsidi mungkin memberikan implikasi jangka pendek terhadap pertumbuhan dan inflasi, strategi pelaksanaan yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik bersama-sama dengan bantuan tunai bersasar akan membantu mengurangkan kesan tersebut.


Sementara itu menurut Rafizi, kerajaan mengambil masa untuk melaksanakan program subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.


"Adalah dijangkakan akan ada ketidakpuasan dan masalah sebaik ia dilaksanakan, tetapi kerajaan tidak mampu kepada pusingan 'U' apabila ia dilaksanakan.


"Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya). (Ia) sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain.


"Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan kelompongan sebaik mungkin," kata Rafizi lagi

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page