top of page

Pengundi muda PRK Sungai Bakap menangkan Dr Joohari - Anwar



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesanan agar pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap khususnya anak muda memberi peluang kepada calon Kerajaan Perpaduan mewakili mereka.


Setiausaha Politik Kanannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang membawa pesanan itu berkata, kemenangan calon kerajaan Dr Joohari Ariffin di kawasan itu penting supaya lebih banyak program dan pembangunan dari segi infrastruktur dapat dilaksanakan dengan tuntas di kawasan berkenaan.


"Sekarang Kerajaan Negeri Pulau Pinang selari dengan Kerajaan Persekutuan... bantulah Kerajaan Negeri, Perdana Menteri untuk mengangkat calon yang boleh membantu," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri satu acara bersama masyarakat di Kampung Sungai Duri di Nibong Tebal


Katanya, PM amat prihatin dengan kawasan Sungai Bakap yang juga merupakan tempat lahirnya.


Keprihatinan itu jelas Shamsul, dapat dilihat apabila Anwar mengumumkan peruntukan RM7 juta bagi pembangunan Masjid Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan yang diumumkan pada 16 Julai tahun lepas.


Media sebelum ini melaporkan, projek pembinaan masjid baharu di atas tapak asal Masjid Lama Sungai Bakap yang wujud sejak 1798 itu dijangka dimulakan pada awal November ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.


PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu. Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas, akibat keradangan dalam perut.


Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan Dr Joohari yang merupakan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara untuk merampas kerusi DUN itu manakala Perikatan Nasional (PN) menamakan Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail sebagai calon mereka.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page