top of page

Pengundi KKB diseru keluar mengundi, peratusan masih rendah



Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) diseru untuk keluar beramai ramai mengundi pada sebelah petang.


Hal itu kerana angka keluar mengundi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga pukul 1.00 petang masih pada tahap 38.88%.


Bagi pengundi anak jati KKB, Dr Romizi Zainuddin yang keluar mengundi pada sebelah pagi di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama, Batang Kali, beliau menyeru lebih ramai pengundi menunaikan tanggungjawab hari ini.

Dr Romizi Zainuddin

"Saya mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Batang Kali. Masuk masuk tak ada orang. Best mengundi tak tunggu lama.


"Harap mana yang belum keuar mengundi, jom keluar. Petang nanti takut hujan," katanya kepada Suara Keadilan.


Manakala seorang lagi penduduk KKB, Shukri Mat menyeru agar rakyat yang bertanggungjawab untuk keluar mengundi memilih wakil rakyat yang boleh memberi kestabilan politik di KKB dan negeri Selangor.


Katanya, pengundi tidak perlu bimbang dengan sebarang provokasi kerana keselamatan terjamin biar pun terdapat kes menconteng di masjid sebelum ini.

Shukri Mat

"Selaku pengundi saya menyeru semua pengundi jangan bimbang. Jangan rasa takut keluar mengundi, setakat ini keselamatan terjamin. Di bawah kepimpinan kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin keselamatan terjamin... kalau ada pun provokasi.


"Saya telah pergi mengundi di KKB tadi. Ada masjid diconteng kalimah "Islam bodoh" tetapi kita yakin ini provokasi yang dibuat (dirancang) kerana tidak akan ada orang Islam sebenar akan menggunakan kalimah itu," katanya.


Beliau berharap pengundi akan menggunakan rasional dalam PRK kali ini dan menolak sebarang budaya provokasi yang tidak menguntungkan sesiapa.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page