top of page

'Pengundi atas pagar mula tanya untuk apa undi pembangkang?'



Pembangkang PN memulakan kempen 'mengepung' minda orang Melayu secara memanaskan emosi mereka menggunakan isu perkauman dan agama sempit.


Hal itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli telah berjaya mempengaruhi undi Melayu di beberapa negeri sejak Pilihan Raya Umum 2022 dan Pilihan Raya Negeri 2023 lalu.


Namun menurut Menteri Ekonomi itu, situasi menjadi agak berbeza di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap apabila kemenangan PN sebelum ini tidak memberi nilai tambah kepada aspek kebajikan pengundi atas pagar Melayu.


Tegas Rafizi, emosi menegakkan kerajaan pro Melayu setakat ini tidak membantu orang Melayu berkehidupan lebih baik daripada sebelumnya.


"Setiap hari pengundi atas pagar ini dia bukan peduli sangat pun parti mana. Dia tahu hidup mesti berjalan dengan baik


"Kalau duduk di Sungai Bakap cerita dia cerita lalat, bekalan air, jalan, pekerjaan. Akhirnya pengundi atas pagar akan tanya, sebenarnya kalau aku undi pembangkang dia boleh buat apa?


"Masalah air kena minta Kerajaan Persekutuan. Sebab mesti ada pelaburan Kerajaan Persekutuan untuk bawa air dari selatan Perak naik ke utara. Jalan pun kena minta Kerajaan Persekutuan sebab masalah itu bermula dari arus lalu lintas di Lebuh Raya Utara Selatan yang memang sesak


"Cerita diesel, harga barang naik.... atas pagar kata motor saya pakai petrol tak pakai diesel. Barang barang.... inflasi masih terkawal," katanya dalam ceramah PRK Sungai Bakap Malam tadi.


Menurut Rafizi, pengundi atas pagar amat maklum kerajaan telah mengalihkan subsidi elektrik daripada golongan T20 seawal Januari 2023.


Mereka juga, katanya, maklum harga barang tidak naik dari Januari 2023 sehingga hari ini. Malah inflasi paling tinggi pada era kerajaan PN telahpun berjaya diturunkan ke kadar paling rendah.


"Pengundi atas pagar ini tidak totok. Dia nampak.


"Saya tengok pengundi atas pagar mula bertanya soalan.... Sebenarnya berapa kali kita nak mengundi ikut emosi (utamakan Melayu).


"Kita perlukan wakil rakyat yang buat kerja. Jadi pengundi Sungai Bakap yang atas pagar Melayu ini, dia waras. Sebab itu perubahan kerajaan berlaku dari satu masa ke satu masa.


"Kita ini ditentukan pengundi atas pagar. Mereka kumpulan paling besar dalam mana mana pilihanraya.


"Inilah yang saya rasa, kita perlu mula di Sungai Bakap. Bahawa emosi tidak pernah bawa makanan atas meja, tak selesaikan masalah air, insfrastuktur, tak buka lebih banyak universiti. Emosi hanya membantu menjadikan seseorang itu wakil rakyat dan kemudian dia dapat pencen. Yang di bawah (rakyat) ini macam itulah (tiada sebarang perubahan)," katanya.


Hal yang sama, kata Rafizi, berlaku dalam PRU di United Kingdom (UK) yang sedang berlangsung pada waktu ini.


Katanya, parti Konservatif yang mana ramai ahli politiknya sedekad lalu mengapi apikan rakyat UK untuk mengundi mengeluarkan negara itu daripada ekonomi Kesatuan Eropah (EU) hari ini ditolak oleh rakyat.


Mereka, kata Rafizi, tersedar polisi anti pendatang asing yang menyebabkan UK meninggalkan EU menyebabkan negara itu kini tidak mempunyai tenaga kerja mencukupi untuk melakukan kerja perburuhan.


Pelabur juga melarikan diri lewat polisi anti bukan kulit putih sehingga bandar bandar di UK menjadi miskin, kekurangan hasil dan tidak mampu membiayai operasi mengutip sampah pada waktunya.


Akhirnya rakyat UK, ujar Rafizi, membuat pusingan 180 darjah menolak parti Konsevatif dalam PRU 5 Julai.


Justeru, kata Rafizi, pengundi di Sungai Bakap juga perlu memulakan riak perubahan agar Malaysia tidak mengalami nasib seperti UK.


"Emosi menyebabkan UK dalam 9 tahun ini (berubah) daripada kuasa besar dunia, sekarang badar dia menjadi bandar sampah (hanya dikutip dua minggu sekali)


"Itu yang saya tak nak berlaku kepada pengundi di Sungai Bakap," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page