top of page

Pengukuhan ringgit kurangkan nilai import makanan RM80 bilion



Pengukuhan nilai ringgit ketika ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi petanda positif kepada penurunan kos barangan import termasuk produk makanan.


Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, nilai import bahan mentah makanan bernilai hampir RM80 bilion kini boleh dijimatkan susulan kenaikan ringgit berbanding dolar.


"Ringgit kita makin mengukuh dan ini memberi impak positif kepada pengguna di Malaysia kerana semua orang akan nampak keadaan ekonomi negara bertambah baik.


"Oleh itu, kesan yang paling penting apabila ringgit semakin mengukuh ialah produk makanan menjadi lebih murah kerana kita mengimport RM80 bilion barangan keperluan jadi sepatutnya harga bahan mentah dijangka akan menurun," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas sama ada prestasi ringgit mempengaruhi ekonomi negara, Dr Barjoyai yang juga penganalisis ekonomi terkenal berpandangan prestasi ekonomi semasa negara perlu dinilai berdasarkan faktor lain seperti pertumbuhan dan pelaburan asing bagi mendapat gambaran sebenar.


Manakala katanya, nilai ringgit banyak dipengaruhi faktor luar dan bersifat sementara berbanding indikator lain yang memberi gambaran penuh ekonomi negara.


"Kita tidak boleh menilai ekonomi negara berdasarkan prestasi ringgit sahaja. Sebaliknya prestasi KDNK (Keluaran Dalan Negara Kasar), inflasi dan kadar pengangguran juga penting bagi memberikan situasi sebenar.


"Setakat ini, KDNK suku tahun kedua meningkat kepada 5.8% berbanding 4.8% suku tahun pertama.


"Begitu juga kadar inflasi kita masih terkawal kepada 2% dan kadar pengganguran kita di bawah 4%. Semua indikator ini menunjukkan prestasi ekonomi negara positif dan cantik," ujarnya.


Minggu lalu peningkatan ringgit selama seminggu berturut turut menyebabkan mata wang itu berada pada paras paling kukuh dalam tempoh 14 tahun.


Ringgit pada 5 Ogos mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan menutup mulut pembangkang yang mengkritik ekonomi Malaysia bermasalah kerana mata wang lemah sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan pada November 2022.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page