top of page

Pengukuhan nilai ringgit berterusan bukti kekuatan ekonomi negara



Oleh: Akmal Manaf


Hujah pembangkang kononnya pengukuhan nilai mata wang ringgit berlaku disebab negara kuasa besar ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat, China dan Eropah mengalami kemerosotan terbukti salah.


Hal itu kerana pengukuhan ringgit berterusan sejak dua bulan lalu dan tidak langsung dilihat tergugat akibat dasar kenaikan atau penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat mahu pun masalah ekonomi China.


Bagi Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, dakwaan pihak pembangkang tersebut hanyalah retorik kerana mereka tidak lagi mempunyai hujah untuk menafikan kejayaan polisi ekonomi Kerajaan Perpaduan yang membawa kemasukan banyak pelaburan asing.


"Maknanya apa yang mereka (pembangkang dan cybertrooper) katakan itu tidak mempunyai asas.


"Apabila kita melihat apa yang terjadi, memang mereka tidak mengiktiraf (pencapaian ekonomi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebab mereka tidak ada retorik yang lain," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Selain kenaikan ringgit berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat, kata William Leong, bursa saham Kuala Lumpur juga membayangkan prestasi cemerlang pertumbuhan modal dalam negara.


Terbaharu, Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan 5.32 mata kepada 1,635.29 berbanding 1,629.97 pada penutup, Jumaat lalu.


Mengulas lanjut, Bendahari Agung KEADILAN itu menyifatkan kenaikan nilai ringgit yang menjadi antara mata wang terbaik di dunia pada waktu ini disebabkan pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi perniagaan.


"Inilah sebab ringgit kita naik tertinggi di dunia. Prestasi terbaik di dunia.


"Berbanding dengan Singapura, Thailand, Jepun dan Korea, nilai ringgit kita naik lebih tinggi," ujarnya lagi.


Beliau juga memuji Kerajaan Madani yang telah berjaya meyakinkan pelabur untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan penting di Asia Tenggara selepas Singapura.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page