top of page

Pengorbanan, perjuangan Pyanhabib tersemat utuh buat selamanya



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus takziah di atas pemergian penyair dan seniman Mohd Supyan Abdul Rahman atau Pyanhabib malam tadi.


Anwar menyifatkan Pyanhabib atau nama seninya Osman Tikus sebagai seniman yang menyuarakan denyut nadi rakyat.


"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan ruh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.


"Saya pasti akan mengenang setiap karya Allahyarham yang sentiasa membawa suara dan denyut nadi rakyat.


"Pengorbanan serta perjuangan Allahyarham akan tersemat utuh buat selamanya," kata Anwar.


Pyanhabib, 66, meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang kira-kira seminggu selepas menyambut hari lahir ke-66.


Pyanhabib lahir pada 27 Mei 1958 dan berasal dari Taiping, Perak.


Beliau aktif menulis dan membaca puisi sejak 1976 bersama gabungan yang digelar Anak Alam dan mencetuskan fenomena baca puisi di bawah tiang lampu 10 tahun kemudian.


Beliau juga terbabit dalam teater dan lakonan filem dan menulis beberapa buah buku.


Anak Alam ialah kumpulan seni yang diasaskan pada dekad 1970-an oleh sekumpulan seniman tanah air yang disertai penyair, pemain teater, penulis dan pelukis.


Tahun lalu Allahyarham dianugerahkan Tokoh Penyair Kuala Lumpur 2023 oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page