Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 iaitu "Jiwa Merdeka" perlu diketegahkan dengan pemerkasaan anak muda.
Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, anak muda perlu menjadi tenaga penggerak aktif kepada agenda negara kerana bukan sahaja cergas dari segi fizikal tetapi mereka berada pada fasa membina keupayaan diri serta mempunyai pemikiran radikal untuk merobah sekeliling.
"Bagaimana nak pastikan jiwa merdeka? Pertama, soal pemerkasaan anak muda, iaitu dari aspek membangunkan potensi mereka, dan ini sudah ada program seperti mana PM lancarkan program akademik kenegaraan. Kita letak satu modul potensi anak muda.
"Anak muda ini ada kekuatan idea, pemikiran. Mereka habis belajar ada pemikiran tersendiri. Jadi perlu ada usaha mendekati dan memberikan nilai yang baik supaya ada hidangan kepada anak muda agar mereka boleh berfikir secara kritis, baik.
"Kelangsungan (kejayaan) negara adalah (kerana kehebatan) anak muda," katanya dalam siri potcase Pemuda Peduli baru baru ini.
Oleh yang demikian, kata Shamsul, anak muda juga perlu dididik untuk menghargai kepelbagaian kerana katanya, pendiri negara Malaysia telah menetapkan rakyat perlu hidup harmoni dengan pelbagai kaum. Termasuk selepas terbentuk Malaysia pada 1963 dengan pertambahan suku kaum dari Sabah dan Sarawak.
Katanya, anak muda juga harus dibiasakan dengan praktik politik yang dibawa oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan politik nilai dan menolak budaya rasuah atau kronisme.
"Sekarang PM tak mahu rasuah, penyelewengan, pendirian itu memberikan kebaikan kepada negara. Ekonomi baik, banyak pelabur masuk dan politik stabil," katanya.
Selain itu. kata Shamsul, anak muda diseru untuk memajukan diri dengan pendidikan yang sesuai dengan usaha PM untuk menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi serta rakyat yang memiliki skil kemahiran.
"Kerajaan sekarang buka ruang luas kepada anak muda, perkasakan program kita untuk membantu mereka yang mungkin tidak mampu belajar ke pendidikan tinggi, tetapi ambil jalur teknikal.
"PM berikan peruntukan sangat besar untuk pastikan pendidikan TVET berjalan lancar. Pelabur asing datang bina perniagaan di sini mereka mahukan sumber manusia terbaik untuk memajukan perniagaan," katanya lagi.
Kommentare