top of page

Penggantian percuma dokumen pengenalan diri untuk mangsa banjir



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkhidmatan itu merupakan komitmen kerajaan membantu golongan terjejas.

"Kalau mangsa banjir tidak sempat menyelamatkan dokumen pengenalan diri seperti sijil lahir atau MyKad (yang) hilang, rosak atau sebagainya, segera datang ke pejabat JPN untuk membuat penggantian selepas banjir selesai.


"Kalau ada yang terlibat (banjir) baru-baru ini, maklum (kepada pegawai terlibat) bahawa anda merupakan (antara) yang terlibat dengan banjir," katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya.


Melalui rakaman itu juga beliau menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan peruntukan RM13 juta bagi bantuan pasca banjir di Kedah.


Pengumuman itu jelasnya mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan menjaga kebajikan rakyat melebihi batasan politik.


Beliau sementara itu menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca, terutamanya menjelang musim tengkujuh yang lazimnya melanda Pantai Timur pada hujung tahun.


"Berpindah (jika diarahkan) tepat pada masanya dan tanpa berlengah. Beri kerjasama (kepada pihak berkuasa) dan sentiasa jaga keselamatan diri dan keluarga," tambahnya.


Sebagai rekod, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut bermula pada November depan dan berterusan sehingga Mac 2025, dengan ramalan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page