top of page

Pengesan kenaikan paras air sungai dipasang di Presint 11, Putrajaya - Dr Zaliha



Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil tindakan pantas dalam memasang alat pengesan kenaikan paras air di sungai dan kawasan yang mengalami banjir kilat minggu lalu.


Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, pihaknya hari ini dimaklumkan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud (Tok Lun) bahawa pihak perbadanan telah pun memasang sensor pengesan banjir berkenaan.

Alat pengesan kenaikan paras air

"Empat hari lepas, waktu saya melawat kawasan banjir kilat di Presint 11 Putrajaya, selain saya umumkan bantuan kewangan RM 1,000 kepada 20 pemilik kenderaan yang terkesan, saya juga ada arahkan PPj untuk memastikan alert system dan sensor dipasang pada petak-petak penyelenggaraan saliran di kawasan tersebut menggunakan IoT sebagai tindakan jangka sederhana.


"Alhamdulillah, hari ni Tok Lun update pada saya, alat tersebut dah installed dan boleh dikawal melalui Putrajaya Command Centre untuk alert penduduk sekiranya air mula naik melebihi paras yang tertentu," katanya di Facebook.


Selain itu Dr Zaliha juga memaklumkan pembayaran RM1,000 kepada 14 pemilik kenderaan yang terkesan telah pun diselesaikan pada hari ini.


"Baki 6 orang lagi sedang menunggu pengesahan maklumat dari mangsa dan akan dibayar segera lepas dapat maklumat tersebut.


"Tahniah PPj kerana pantas ambil tindakan," katanya lagi.


Pada 8 Disember lalu kawasan perumahan Presint 11 dilanda banjir kilat setinggi satu meter. Kawasan itu mempunyai kira kira 2,500 buah rumah dengan anggaran penduduk sekitar 10,000 orang.


Punca banjir akibat hujan lebat di bahagian hulu Sungai Anak Gajah, menyebabkan aliran air di Putrajaya tersekat dan berlaku limpahan di kawasan rendah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page