top of page

Pengarah Strategi KEADILAN Selangor tawar diri jawatan MPP


Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Mohammad menawarkan diri bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat pada Pemilihan 2025.


Menerusi satu kenyataan, beliau yang juga Pengarah Strategi KEADILAN Selangor berkata, langkah tersebut bagi merapatkan jurang pada peringkat akar umbi yang memerlukan perhatian lebih progresif dan strategik.


"Dengan panduan dan inspirasi daripada kepimpinan terdahulu serta pengalaman saya dalam pentadbiran kerajaan dan parti, saya dengan rendah hati menawarkan diri.


"Saya menawarkan kepimpinan yang memupuk inspirasi, membina keyakinan, dan membawa perubahan yang realistik dan berani. Kita memerlukan MPP yang tidak gentar memimpin, tidak takut berubah, dan berani berdepan dengan cabaran," katanya.


Sementara itu Saifuddin menegaskan, pengalaman dalam pentadbiran di peringkat negeri Selangor telah mengajar bahawa tradisi akar umbi sebagai pemegang taruh penting yang wajar terus diperkasa.


Bagi memastikan KEADILAN terus kekal releven dan dihormati, parti perlu membina sebuah kepimpinan yang berani mendengar pandangan selain responsif dan progresif terhadap isu semasa dan bertindak dengan strategi yang konstruktif.


"Agenda reformasi telah dilaksanakan di peringkat kerajaan, namun masih terdapat jurang yang ketara pada peringkat akar umbi yang memerlukan perhatian. di sinilah peranan kita sebagai pemimpin—memastikan suara anggota didengar, keperluan mereka difahami, dan aspirasi mereka diutamakan.


"Dalam beberapa bulan akan datang, saya akan turun ke Cabang-Cabang seluruh negara untuk menyampaikan mesej ini secara terus kepada anggota. Saya mahu mendengar sendiri pandangan, harapan, dan cadangan daripada akar umbi.


"Saya yakin bahawa kekuatan KEADILAN terletak pada anggotanya sendiri yang telah bekerja keras, berdedikasi, dan percaya pada perjuangan parti," tambahnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page