top of page

Pengampunan diraja: AMK Kelantan desak Akmal Saleh minta maaf



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan menempelak ADUN Merlimau Dr Muhammad Akmal Saleh atas kenyataan dangkal berhubung pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018.


Ketuanya Ezzat Hanuzi berkata, rayuan pengampunan penuh Anwar dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-51 pada 16 Mei 2018 mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.


Keputusan tersebut mendapat perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Sultan Muhammad V juga Sultan Kelantan setelah ia dijalankan dengan telus serta mematuhi semua prosedur perundangan.


Justeru tegasnya, Akmal juga Ketua Pemuda UMNO tidak wajar membuat kenyataan yang mengelirukan orang awam selain perlu menghormati proses-proses yang sudah dijalankan secara sah oleh Lembaga Pengampunan serta Mahkamah Persekutuan.

"Sebagai seorang ahli politik, beliau perlu bertanggungjawab memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara, bukannya merosakkan kepercayaan tersebut dengan kenyataan yang tidak berasas.


"Sebagai ahli sebuah parti yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan, Akmal seharusnya menunjukkan rasa hormat, setia kawan.


"Bukan membuat kenyataan tidak berasas yang mencerminkan sikap tidak matang yang boleh menimbulkan permusuhan dikalangan parti yang membentuk kerajaan bersama," katanya dipetik pada satu sidang media di Kota Bahru pada Isnin.


Sehubungan itu beliau menuntut Akmal membuat permohonan maaf secara terbuka.


Akmal juga tegasnya menghadap Sultan Muhammad V bagi memohon ampun susulan perkara terbabit sudah selesai dan diputuskan.


"Malaysia memerlukan pemimpin yang berintegriti dan berwawasan, bukan yang menimbulkan kekeliruan atau ketegangan tanpa sebab kukuh," tegas Ezzat pada sidang media tersebut.


Akmal baru-baru ini menyoal sama ada pengampunan Anwar Ibrahim pada tahun 2018 mengikuti prosedur yang betul atau tidak.


Hal itu sebagai respon kepada kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini yang memperjelas permohonan bekas PM, Najib Razak untuk tahanan rumah mesti melalui Lembaga Pengampunan.


Untuk rekod, Anwar memperoleh pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V kerana baginda pada ketika itu menganggap kes dikenakan kepada Presiden KEADILAN itu terdapat pelanggaran prinsip keadilan.


Manakala pengampunan terhadap Najib pula sudah diperoleh pada Febuari lalu dengan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya.


Pertikaian wujud setelah itu sama ada wujudnya perintah tambahan (titah adendum) supaya Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah yang belum disahkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page