top of page

Pengajian Agama Di Masjid, Surau Perlukan Silibus Khas



Oleh: Dr Bam Al-Haj


PENDAPAT: Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya diwujudkan Silibus Khas mengikut subjek tertentu bagi Pengajian Islam di Masjid dan Surau di seluruh negara.


Sumber-sumber ilmu khususnya melalui kitab turath perlu dijadikan rujukan utama.


Khazanah ilmu seperti Ulum Al-Quran, Hadith, Fiqh (syariah), Akhlak dan Adab, Muamalat, Bahasa Arab, Siasah Syar'iyyah, Sirah, Tasauf dan Maqasid Syariah perlu disebarkan di kalangan masyarakat secara terancang dan bersepadu.


Hal ini untuk mengelakkan masjid dan surau dipolitikkan oleh pihak tertentu, yang menjadi punca perpecahan ummah selama ini.


Pengajian agama ikut selera penceramah


Oleh kerana tiada silibus sebagai panduan, ceramah di masjid dan surau selama ini bersifat tangkap muat ikut selera penceramah, bersifat popular (penglipurlara) dan kurang berkesan dalam meningkatkan ilmu, iman dan amal di kalangan ummah.

Dr Bam Al-Haj

Cuba kita bayangkan, jika setiap hari 7,000 lebih masjid dan 20,000 lebih surau di seluruh negara menganjurkan kuliah agama, mungkin lebih 1 juta orang mendapat manfaatnya. Pengisian ini akan memberi impak yang besar kepada pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat.


Ini adalah penyelesaian jangka panjang bagi meningkatkan ilmu agama umat Islam di negara ini. Ia juga boleh menyatukan fikrah ummah.


Fakulti Pengajian Islam di universiti tempatan boleh menjadi rakan masjid dan surau (melalui JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri) dengan cara memberikan sijil pengiktirafan mengikut jam kuliah yang disertai oleh ahli kariah yang mendaftar sebagai peserta.


Peringkat atau tahap awal boleh diberikan sijil dan kemudian tahap pertengahan dan lanjutan diberikan diploma atau ijazah.


Ijazah peserta kuliah


Alangkah bangganya ahli kariah yang diberikan sijil dan diploma atau ijazah dalam satu majlis konvokesyen di universiti atau kolej universiti, bersama-sama graduan lain.


Ia akan memberikan semangat dan motivasi bagi mereka untuk terus menimba ilmu, selaras dengan konsep Pendidikan Sepanjang Hayat (Longlife Learning).


Diharapkan idea kecil ini memberi dimensi dan "level" baharu dalam dakwah di negara yang kita dukung selama ini.


Kerajaan Madani perlu sesuatu yang konkrit dalam jangka panjang.


Penulis merasakan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan di setiap negeri pun bersetuju dengan idea meningkatkan keilmuan dalam kalangan jemaah masjid atau surau.


Kaedahnya boleh diperhalusi oleh sebuah jawatankuasa khas yang dipelopori oleh JAKIM dan pakar pengajian Islam tempatan.


"Kemiskinan dan kekeliruan ilmu" perlu "dinoktahkan" supaya pembinaan Masyarakat Madani dapat diperkasakan.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan seorang NeuroMarketing Strategist, mantan Pengarah BTN Selangor, penulis buku dan trainer.


* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis, bukan pendirian rasmi Suara Keadilan


* Kredit foto: Selangorkini

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page