top of page

Pengagihan gas Petronas-Petros, ambil pendekatan menang-menang - Abun Sui



Oleh: Abdullah Zaid


Senator Abun Sui Anyit menyambut baik kesepakatan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dengan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan kerajaan Sarawak untuk memuktamadkan isu pengagihan gas di negeri itu tanpa melibatkan tindakan undang-undang.


Menerusi satu kenyataan, pemimpin KEADILAN Sarawak itu optimis penyelesaian ‘menang-menang’ mampu memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak.


"Saya mengalu-alukan kenyataan bersama ini. Walau apa pun keputusan muktamad, saya berharap ia boleh menjadi penyelesaian menang-menang dan mesti memberi manfaat kepada rakyat Sarawak sebagai pihak mendapat manfaat dari keputusan itu.


"Oleh itu, saya mencadangkan supaya tiada monopoli sama ada Petronas atau Petros. Monopoli berkemungkinan besar boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat Sarawak kerana tiada persaingan yang sihat," katanya melalui satu hantaran di Facebook.


Semalam, Pejabat Premier Sarawak mengesahkan Petronas tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan Petros berhubung pengedaran gas di negeri itu.


Menurutnya, perbincangan antara kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros mengenai pengedaran gas masih berjalan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.


Terdahulu dilaporkan Petronas mempertimbangkan untuk memfailkan injunksi mahkamah terhadap Kerajaan Negeri Sarawak berhubung hak pengagihan gas asli di negeri berkenaan.


Pada Julai lalu, dilaporkan Kerajaan Sarawak memberi tempoh lanjutan tiga bulan kepada Petronas untuk memuktamadkan susunan penyeliaan pengagihan gas di Sarawak dengan Petros.


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, sebelum ini Sarawak memutuskan syarikat petroleum milik kerajaan Sarawak, Petros akan mengambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak bermula 1 Julai lalu.


Bagaimanapun, Petronas meminta penangguhan pelaksanaan pengambilalihan itu kerana pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page