top of page

Peneroka Felda Sungai Buaya akhiri kemelut, terima baki pampasan


Peneroka asal Felda Sg Buaya gembira mendapat baki pampasan yang tertunggak 20 tahun
Peneroka asal Felda Sg Buaya gembira mendapat baki pampasan yang tertunggak 20 tahun

Kemelut dihadapi peneroka di Felda Sungai Buaya, Hulu Selangor lebih 20 tahun menanti baki pampasan hasil tanah ladang yang diserahkan untuk pembangunan akhirnya sampai ke titik noktahnya.


Hasil komitmen tinggi pentadbiran Datuk Seri Amirudin Shari sejak 2018 membuahkan hasil apabila semalam, seramai 363 peneroka tersebut menikmati hasil titik peluh mereka selama ini setelah masing-masing menerima baki wang pampasan berjumlah RM100,000.


Penyerahan baki pampasan itu disempurnakan Menteri Besar Selangor dalam majlis kesyukuran di Bandar Sungai Buaya.


Amirudin berkata penyelesaian isu tertangguh sejak 1994 adalah hasil kerjasama semua pihak yang berusaha mencari titik noktah biarpun dalam tempoh yang sangat panjang.


"Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang amat dinantikan penduduk FELDA Sungai Buaya.

"Usaha penyelesaian dimulakan semula pada tahun 2018 ketika saya mula memegang amanah sebagai Menteri Besar.


"Setelah melalui proses yang panjang, penyelesaian muktamad telah diluluskan pada Oktober 2022," katanya dalam hantaran di Facebook semalam.


Amirudin berkata baki pampasan tertunggak sekitar 30% mula dibayar dengan RM100,000 disalurkan kepada setiap peneroka sebagai bukti komitmen Kerajaan Negeri Selangor.


"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.


"Usaha ini bukan sahaja menoktahkan penantian lebih 20 tahun, malah membuka lembaran baru untuk Sungai Buaya," katanya.


Amirudin berkata Kerajaan Negeri komited untuk terus membangunkan kawasan tersebut dengan kemudahan seperti masjid, sekolah rendah agama, tapak perkuburan Islam, dewan orang ramai, serta pembangunan IKS dan pusat data.


"Sungai Buaya bakal menjadi kawasan yang membangun dengan kamudahan dan memberi manfaat kepada penduduk serta generasi akan datang," katanya.


Kemelut melibatkan bekas peneroka Felda itu bermula sekitar 2002 apabila syarikat pemaju asal gulung tikar, menyebabkan mereka tidak menerima pampasan penuh hasil daripada tanah yang telah diserahkan pada 1994 dan pembeli rumah terbiar tanpa hak milik.


Bandar Sungai Buaya pada asalnya merupakan kawasan Felda yang dibatalkan pewartaan Akta Tanah (kawasan penempatan berkelompok) 1960 pada 1995 selaras pemohonan daripada pemilik tanah bagi membolehkan kawasan terbabit dibangunkan.


Namun malangnya pemaju yang dilantik gagal melaksanakan pembangunan yang dijanjikan akibat kemelesetan ekonomi.


Isu tersebut mula menampakkan harapan untuk diselesaikan apabila pentadbiran Amirudin pada November 2022 mengumumkan seramai 3,580 penduduk Bandar Sungai Buaya menerima hak milik tanah secara berperingkat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page