top of page

Penerbangan bantuan Palestin, Ops Ihsan tiba di Mesir



Penerbangan bantuan ubat ubatan dan makanan kepada umat Islam di Gaza, Palestin kali kedua berlepas malam tadi bersama sebuah pesawat kargo sewa khas.


Pengumpulan bantuan itu sebelum ini dijayakan dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, MERCY Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor, BeVital dan MAPIM sebagai koordinator utama.


Menurut Sekretariat Ops Ihsan, pengumpulan bantuan juga mendapat sokongan padu 50 buah badan bukan kerajaan dengan hampir 800 sukarelawan dari pelbagai lapisan rakyat yang menyumbang kudrat membantu urusan penerimaan, pengasingan, pengumpulan data, penyusunan barangan mengikut kluster sehinggalah ke pengurusan lojistik barangan bantuan.


Menurut Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari yang juga Presiden MAHAR, penerbangangan yang berlepas pada jam 10.45 malam tadi dijangka tiba di Lapangan Terbang Al Arish, Mesir pada jam 8.20 pagi pada 11 November.

Jismi Johari dalam sidang media malam tadi

"Setibanya pesawat sewaan khas ini di Al Arish, pengurusan barangan akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa ke pintu Rafah setelah melalui tapisan dan pemeriksaan pihak berkuasa tempatan.


"Selepas itu gerak kerja bagi penilaian keperluan bantuan dan lojistik serta jaringan perhubungan dengan pihak-pihak berkaitan akan dilakukan bagi memastikan penghantaran barangan ke Gaza mengikut tatacara yang betul berlandaskan ketetapan prosedur oleh Kerajaan Mesir.


"Ini kerana terdapat prosedur prosedur yang perlu dipatuhi oleh setiap badan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan yang ingin menghantar barangan bantuan ke Gaza," katanya.


Tambah beliau, barangan bantuan kemanusiaan yang pertama Ops Ihsan pada 3 November lalu telah pun selamat sampai di Al-Arish, Mesir dan sedang menunggu giliran untuk melintas laluan Rafah sebaik sahaja dibuka bagi proses pengagihan kepada penduduk Gaza.


"Penghantaran ini merupakan salah satu fasa bantuan kemanusiaan yang dirancang oleh Ops Ihsan.


"Selain daripada menghantar barangan sumbangan rakyat Malaysia, siri kedua akan diteruskan melalui penghantaran barangan bahan mentah makanan seperti gandum, tepung, air minuman dan lain-lain dari Kaherah selepas ini," katanya lagi.


Dalam pada itu, Sekretariat Ops Ihsan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Digital, rakan-rakan NGO, para media serta seluruh rakyat yang terus menyokong usaha gabungan itu atas nama keihsanan.


Terbaharu, penerbangan bantuan dilaporkan telah pun berjaya mendarat di Al Arish,pada pukul 2.15 petang waktu tempatan.


Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan #OpsIhsan boleh berhubung dengan petugas Syahrir

Azfar di talian 0132226057 emel syahrir@gpm.com.my atau Amir Arafat di talian 014-9843965 emel aarafatmr@mahar.my.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page