top of page

Penduduk terjejas banjir tidak terputus bekalan makanan - KPDN



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan penduduk di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir tidak akan mengalami keputusan makanan apabila stok bekalan barangan keperluan asas telah dipastikan mencukupi sejak dua bulan lalu.


Timbalan Menterinya Dr Fuziah Salleh berkata, kementerian telah mengeluarkan lesen khas kepada pemborong untuk menambah stok bekalan keperluan hingga 30 peratus sebagai persediaan sekirannya banjir berlaku hingga menyebabkan kemasukan bekalan terputus.


"Kita telah membuat persediaan sekurang-kurangnya dua bulan lepas dan seperti sekarang kita tahu Kelantan seolah-olah terkepung kerana banjir dan sukar untuk bekalan masuk. Tidak perlu bimbang kerana mereka di sana (pemborong) sudah bersedia dengan stok yang kita percaya mencukupi.


"Jadi tidak akan timbul isu bekalan dari Kuala Lumpur untuk sampai negeri-negeri yang mengalami banjir atau dijangka mengalaminya terputus kerana bekalan sudah siap sedia berada dalam kawasan masing-masing," katanya dipetik kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gudang baharu penyimpanan tong komposit gas petroleum cecair (LPG) ACGas Cawangan Melaka di Kawasan Perindustrian Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka hari ini.


Ketika ini, terdapat kira-kira 2,004 pemborong dan peruncit di seluruh negara yang mempunyai lesen runcit barang kawalan berjadual (CSA).


Penambahan khas melalui lesen CSA itu membolehkan pemborong menyimpan stok 21 barang kawalan dengan tambahan 30 peratus daripada had simpanan sedia ada antaranya beras, minyak masak, gula, susu, tepung gandum dan beberapa barang keperluan lain.


Laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA pada pukul 6 pagi, 29 November 2024 menyatakan jumlah mangsa yang ditempatkan akibat banjir di seluruh negera meningkat kepada 80,589 orang dari 24,647 keluarga, berbanding 71,877 mangsa pada jam 12.00 tengah malam tadi.


Terdapat 27 daerah yang terkesan dengan sebanyak 467 buah PPS diaktifkan di tujuh negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor. Empat kematian telah direkodkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page