top of page

Penduduk Bandar Tun Razak akan menikmati kemakmuran, kesejahteraan



Penduduk parlimen Bandar Tun Razak selepas tiga penggal dikhianati oleh Ahli Parlimen mereka, kali ini akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah.


Hal itu ditegaskan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak sempena majlis kesyukuran meraikan kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah yang diadakan semalam di perkarangan parkir Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur.


Menurut kenyataan itu, Dr Wan Azizah dalam ucapannya memberi penekanan kepada isu semasa warga Bandar Tun Razak termasuk kesempurnaan lif, kebersihan bangunan dan kawasan kediaman yang seharusnya dijaga dengan sempurna. Terdapat lebih 66,000 unit rumah yang berdaftar di Bandar Tun Razak


"Fokus akan diberikan kepada kesejahteraan dan perpaduan kerana ia berupa kunci kepada kelestarian mana-mana masyarakat termasuk warga Bandar Tun Razak. Juga semua saluran bantuan akan sentiasa dilaksanakan di Bandar Tun Razak," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu menjelaskan semangat bermuafakat dan amalan nilai wasayatiyah akan terus dipupuk untuk generasi akan datang.


Oleh itu Dr Wan Azizah berharap Bandar Tun Razak akan menjadi sebuah bandar raya yang boleh dikongsi dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat sama ada pada masa kini mahupun akan datang.



Kenyataan itu juga menyebut tumpuan Dr Wan Azizah untuk menyediakan peluang sama rata kepada penduduk dan pihak berkepentingan untuk berkongsi kemakmuran; menyediakan kehidupan berkualiti kepada penduduk; menyediakan persekitaran alam bina yang berkualiti; mengurus persekitaran semulajadi dan melindungi sumber semulajadi yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan dan membina budaya yang kukuh termasuk nilai-nilai sejarah, keseniaan dan kepelbagaian kaum.


"Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menyediakan dasar yang lebih tuntas merangkumi semua aspek termasuklah penyediaan fasiliti mencukupi dengan caj yang munasabah.


"Kadar bayaran tempat letak kereta terutamanya di kawasan perumahan dicadnagkan agar diturunkan kepada kadar yang tidak membebankan penduduk dalam menangani masalah miskin bandar," kata kenyataan itu.


Mengenai isu-isu penjaja, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa kepada mereka agar dapat menjalankan perniagaan dengan suasana kondusif.


"Bandar Tun Razak juga akan menyokong seruan Perdana Menteri kemudahan tidak hanya dibangunkan buat syarikat dan industri-industri, tetapi ia perlu melibatkan kemudahan untuk penjaja dan peniaga kecil yang diwakili golongan berpendapatan rendah bagi memacu ekonomi dengan lebih baik," ujar kenyataan itu lagi


Majlis Kesyukuran tersebut dijayakan dengan penglibatkan langsung agensi – agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya; National Film Development Corporation Malaysia (FINAS); Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); dan Polis Diraja Malaysia (PDRM); Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak, pihak Media, Pejabat Parlimen dan Penduduk Bandar Tun Razak juga terlibat.


Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil; Azman Haji Abidin, Pengerusi Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak; Datuk Rizalman Mokhtar, Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak, IR Hayatul Kamil, Ketua Amanah

Bandar Tun Razak dan Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Kira kira 2000 warga Bandar Tun Razak menghadiri jamuan berkenaan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page