top of page

Pendekatan Malaysia Madani pupuk hubungan harmoni sesama ASEAN



Pendekatan Malaysia Madani pada waktu negara ini dipilih sebagai pengerusi ASEAN diharap mampu memupuk hubungan harmoni antara negara di Asia Tenggara.


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pada waktu dunia semakin terpengaruh dalam persaingan kuasa besar, kepusatan ASEAN akan menjadi amat penting sebagai pengimbang.


Sangat baik, katanya, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan dijadikan peluang untuk sekali gus memperkenalkan konsep Malaysia Madani bagi mengharmonikan hubungan antara sesama negara.


"Dalam dunia yang semakin berpecah belah, kepusatan ASEAN sebagai aset kuat bagi kita.


"Ketika kita berhadapan cabaran mendesak, perubahan geo-politik, perubahan iklim dan dinamika kuasa dunia yang berkembang, keupayaan kita untuk berdiri bersama sama, bekerja bersama sama menentukan haluan kita sendiri tentunya menjadi lebih utama dan kritikal.


"Kepusatan ASEAN telah pun lama menjadi prinsip panduan kita, membolehkan Asia Tenggara mengemudi lanskap global yang sangat kompleks dan mengekalkan relevansi kita di mata dunia


"Saya percaya kerangka Malaysia Madani menjadi cahaya panduan laluan ASEAN ke hadapan. Malaysia Madani menjadi prinsip keterangkuman, kepelbagaian yang mampan.


"Prinsip yang selari dengan visi ASEAN. Pendekatan Malaysia Madani memupuk hubungan harmoni antara negara sambil menghormati kedaulatan. Kerangka ini menggalakkan kerjasama daripada konfrantasi, dialog daripada perpecahan dan keterangkuman daripada pengasingan," katanya dalam ucapan pembukaan syarahan Madani Global | ASEAN Centrality Amidst Reginol Changes di Bilik Media Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, malam tadi.


tambahnya, idea Malaysia Madani, akan menyumbang kepada ASEAN yang lebih berdaya tahan dalam menangani cabaran dalaman dan luaran sambil mengukuhkan kepusatan kesatuan Asia Tenggara itu di peringkat global.


Selain itu, Shamsul yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN berharap konsep syarahan berkenaan yang menghimpunkan tokoh politik, sosial dan profesional dapat memberi lebih kefahaman kepada rakyat mengenai sesuatu isu.


"Program seperti ini membolehkan kita merenung cabaran dan masa depan ASEAN yang menanti di samping menegaskan komitmen kita terhadap kepusatan ASEAN sebagai teras kestabilan serantau," katanya lagi.


Isu yang dipilih malam tadi adalah ASEAN dan kepengerusian Malaysia.

0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page