top of page

Pendakwaan cacat : PM tidak sebut, tidak punya maklumat sebelum 2022



Oleh: Akmal Manaf


Pendakwaan cacat dalam kes bekas Perdana Menteri Najib Razak sebagaimana dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tidak pernah timbul sebelum 2022 kerana beliau belum memegang teraju negara dan tidak mengetahui hal sebenar mengenai kes itu.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi berkata, biarpun pendakwaan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan namun pada tempoh 2018 sehingga 2020, Anwar bukanlah Perdana Menteri yang boleh mengarahkan pegawai kerajaan untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai kes Najib.


"Datuk Seri Anwar secara jujur memang sudah menjelaskan bahawa sekarang, baru beliau dapat maklumat dan sudah pun menelusuri (maklumat) itu.


"Beliau yakin bahawa ada beberapa implikasi undang-undang yang perlu kita lihat semula, atau pun supaya ia lebih adil kepada Datuk Seri Najib Razak," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, Nabil menyifatkan, keadilan undang undang adalah bersifat subjektif. Berkaitan isu pendakwaan ke atas Najib, hal itu, katanya, tidak boleh dinilai secara 'pukul rata'.


"Walaupun pihak yang didakwa telah dijatuhkan hukuman, kita masih perlu melihat kepada fakta-fakta bahawa bukan beliau sahaja yang terlibat.


"Maksudnya, ada orang-orang lain yang perlu dibawa ke peringkat pendakwaan juga," katanya lagi.


Media dan pembangkang sejak semalam menyelar PM kerana berkata beberapa kes dalam tempoh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad dibuat secara tergesa-gesa, cacat serta bermotifkan dendam politik.


Hal itu, katanya menyebabkan mahkamah boleh membebaskan tertuduh sekiranya hakim mendapati terdapat kecacatan sepanjang proses siasatan atau pembinaan kes.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page