Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru golongan penceramah dan pendakwah di negara ini supaya memastikan isi kandungan dakwah yang disampaikan kepada masyarakat adalah berdasarkan sumber yang tepat dan sahih berlandaskan al-Quran dan sunnah.
Dr Zulkifli Hasan berkata, langkah itu bagi memastikan kekeliruan di kalangan masyarakat terhadap sesuatu isu dapat dihindari.
"Kita nampak niat mereka ini untuk menarik orang ramai untuk beribadah, namun kebaikan hanya boleh disampaikan menerusi kebenaran, bukan dengan maklumat yang tidak tepat dan palsu. Jadi saya harap pendakwah, sampaikan kebaikan dengan sumber sahih.
"Kita ingin pastikan kualiti dan penyampaian itu mestilah berpandukan kepada sesuatu yang mempunyai sumber diterima Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan disiplin ilmu itu sendiri," katanya dipetik.
Tambah Zulkifli, pihaknya sentiasa mengadakan pendekatan harmoni dengan mengadakan sesi perbincangan dan libat urus selain memberikan nasihat kepada golongan guru agama (asatizah) dan pendakwah berhubung sesuatu perkara.
Terdahulu timbul kontroversi seorang pendakwah selebriti yang didakwa menggunakan hadis tanpa sumber sahih ketika mengacarakan sebuah program keagamaan di stesen televisyen baru-baru ini.
Antara kenyataan yang menimbulkan persoalan adalah dakwaan individu berkenaan kononnya ‘memandang wajah guru, lebih baik daripada sedekah 1000 ekor kuda di jalan Allah’
コメント