top of page

Pencapaian KIRA luar biasa, beri dividen 4% kepada ahli



Pencapaian Koperasi Keadilan Berhad (KIRA) pada tahun pertama penubuhannya agak luar biasa, melebihi unjuran awal pendapatan dan keuntungan.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi KIRA, Raiyan Abdul Rahim dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertama semalam.


Katanya, KIRA melaporkan prestasi kewangan yang melebihi unjuran awal dan meluluskan pemberian dividen sebanyak 4% kepada ahli-ahli yang layak.

Pengerusi KIRA, Raiyan Abdul Rahim

"KIRA mengumumkan jumlah pendapatan sebenar sebanyak RM1.86 juta dengan lebihan pendapatan RM1.16 juta untuk tahun 2023.


"Pencapaian ini jauh lebih tinggi daripada unjuran awal yang hanya menjangkakan pendapatan RM322,000 dan lebihan pendapatan RM111,261.


"Dividen (kepada anggota) akan dikreditkan ke dalam akaun ahli KIRA dalam tempoh sebulan, menjadikan KIRA sebagai institusi koperasi yang unik kerana dapat memberikan dividen walaupun baru setahun beroperasi," katanya.


Selain itu, menurut Raiyan, dalam mesyuarat tersebut juga KIRA telah meluluskan penubuhan Tabung Derma Kebajikan. Tabung terbabit akan membantu ahli yang menghadapi kesulitan seperti kematian keluarga, kebakaran rumah, atau keperluan perubatan yang mendesak.


Pada masa sama, katanya, KIRA juga telah melaporkan peningkatan ketara dalam keahlian dan modal syer.


"Bermula dengan hanya 60 ahli pada Jun 2023, kini jumlah keahlian telah melebihi 2,000 orang dari seluruh negara.


"Modal syer juga menunjukkan pertumbuhan positif; pada Jun 2023, jumlah modal syer hanyalah RM50,000 tapi sekarang, KIRA mempunyai sasaran mencapai RM1 juta menjelang akhir tahun 2024," ujar Raiyan.


KIRA juga, kata beliau, pada masa hadapan bercadang untuk meningkatkan penyertaan ahli dan modal syer; meneroka peluang dalam sektor ekonomi digital dan sosial; memperkukuh kedudukan kewangan untuk memastikan kesinambungan dividen dan insentif kepada ahli serta memperkenalkan produk dan perkhidmatan inovatif berdasarkan pindaan Undang Undang Kecil yang diluluskan.


Justeru dalam kenyataan itu, Raiyan menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penubuhan dan pengurusan KIRA termasuk Penaung KIRA, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat KIRA, Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ahli lembaga, AKN Arif (Akauntan Bertauliah), auditor, staf serta sukarelawan KIRA


"Dengan keikhlasan dan iltizam yang kuat, saya yakin KIRA boleh menjadi koperasi unggul dan menjadi kebanggaan semua," kata Raiyan lagi.


Hadir sama dalam mesyuarat berkenaan (gambar atas sekali) dari kiri: Law Bing Haw, Bendahari KIRA; Wan Zulaika Abdul Kahar, Setiausaha KIRA; Nurmaisara Yasmeen binti Mohd Ali, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan Datuk Mohd Syukri Abdul Majid, Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page