top of page

Pencapaian emas pertama Paralimpik Paris 2024 membanggakan negara



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang merangkul pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024.


Liek Hou muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) setelah menumpaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam perlawanan akhir di Porte de la Chapelle Arena, Paris, malam tadi sekali gus mempertahankan pingat emas yang diraih pada Paralimpik Tokyo 2020.


Perdana Menteri berkata pencapaian itu sangat membanggakan kerana mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.


"Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu.


"Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!" katanya dalam hantaran di X hari ini.


Beberapa Menteri Kabinet turut mengucapkan tahniah kepada Liek Hou sambil menyifatkannya sebagai hadiah buat negara sempena Hari Kebangsaan ke-67.


Cheah Liek Hou berjaya menggondol pingat emas dalam acara perseorangan badminton di paralimpik Paris 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sumbangan pingat itu sungguh bermakna buat buat negara.


"Terima kasih Cheah Liek Hou atas hadiah yang amat bermakna buat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika kita baru saja menyambut Hari Kebangsaan ke-67! Tahniah wira negara!!," katanya menerusi laman X hari ini.


Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek masing-masing turut mengucapkan tahniah atas pencapaian yang sangat membanggakan itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pingat yang disumbangkan oleh Liek Hou dan pemenang pingat gangsa acara 100 meter lelaki T44 Eddy Bernard hadiah yang amat berharga buat negara.


"Syabas dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou yang meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara perseorangan lelaki SU5 di Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.


"Kedua-dua pingat ini hadiah amat berharga buat Malaysia terlebih lagi bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024. Ayuh Team Malaysia, Kita gegarkan Paris 2024! Kita semua #TeamMAS," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page