top of page

Penasihat Ekonomi Selangor: Anwar saman Ahli Parlimen Kuala Terengganu



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu Amzad Hashim susulan kenyataan berbaur fitnah yang dilemparnya.


Anwar memfailkan saman itu menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada petang Khamis dengan Ahmad Amzad dinamakan sebagai defendan tunggal dalam saman tersebut.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam pernyataan tuntutan mendakwa defendan pada 7 Disember lepas membuat kenyataan fitnah terhadapnya kepada sekumpulan pelanggan di sebuah restoran.


Kenyataan fitnah terbabit kemudian telah diterbitkan semula di aplikasi TikTok pada hari sama serta boleh diakses sehingga kini.


Ia antaranya membawa maksud Anwar tidak boleh dipercayai serta tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada kerajaan Selangor sebagai penasihat ekonomi, menipu orang ramai dengan menyatakan menerima gaji RM1 sebagai penasihat ekonomi serta melakukan kesalahan jenayah dan mengkhianati mandat rakyat.


Kenyataan fitnah itu tegas Anwar adalah palsu, berniat jahat dan memperlekehkannya yang mempunyai imej sangat disanjungi di peringkat nasional dan antarabangsa kerana menentang rasuah.


"Defendan juga dengan jelas sengaja dan berniat jahat apabila tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan DUN Selangor pada 27 Mac 2012, yang menyatakan bahawa gaji Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1," kata katanya dipetik Bernama.


Pada 8 Dis lepas, pihak Anwar telah mengemukakan notis tuntutan supaya defendan menarik balik, memohon maaf, mengaku janji untuk tidak mengulangi kenyataan itu selain membayar ganti rugi kepada plaintif.


Namun defendan tidak membalas tuntutan itu.


Oleh itu, Anwar menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page