top of page

Penangguhan pemilihan KEADILAN: 'Tiada keputusan sedemikian dibuat' - Fuziah



KEADILAN tidak memutuskan sebarang penanggguhan pemilihan parti dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang berlangsung pada Ahad.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Fuziah Salleh, artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita semalam merujuk kepada perkara berkenaan adalah tidak tepat.


"Di sini saya ingin menegaskan bahawa tiada keputusan sedemikian telah dibuat sewaktu mesyuarat MPP pada ahad 15 September 2024


"Walaupun ada perbincangan serta pandangan dilontarkan, namun ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas.


"Mesyuarat berpendapat perlu lebih banyak libat urus diadakan di semua peringkat kepimpinan parti sebelum satu-satu keputusan dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Fuziah yang baharu dilantik sebagai Setiausaha Agung KEADILAN semalam berharap pihak media akan mengutamakan laporan yang tepat selepas ini.


Katanya, pihak beliau telah pun menyatakan situasi sebenarnya dengan ayat yang berbunyi “Tidak ada keputusan sedemikian yang dibuat di mesyuarat MPP semalam“ ketika dihubungi berhubung pemilihan tersebut.


Untuk rekod, pemilihan KEADILAN dijangka akan berlangsung pada tahun hadapan namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai hal itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page