top of page

Penanganan banjir di Pasir Salak dalam pertimbangan - Akmal Nasir



Oleh: Akmal Manaf


Cadangan menaik taraf ban banjir kepada Denai Sungai Kebangsaan (DSK) pada jajaran Kampung Kepala Pulau sehingga ke kampung Geronggong, Pasir Salak hanya boleh dilakukan jika tiada halangan daripada pemilik tanah.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketika ini ban itu mempunyai mempunyai kelebaran kurang dua meter (m) sepanjang tiga kilometer (km).


''Kebanyakan akses atau laluan masuk ke ban pula melibatkan tanah pemilikan individu.


''Justeru, penaiktarafan ban banjir kepada Denai Sungai Kebangsaan hanya boleh dilaksanakan sekiranya tiada halangan daripada pemilik tanah yang terlibat,'' katanya pada sesi Kamar Khas, di Parlimen hari ini.


Beliau menjawab pertanyaaan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang bertanya mengenai penaiktarafan tebatan banjir kepada DSK di Sungai Perak.


Menurut Akmal lagi, memandangkan ban itu berfungsi sebagai satu kaedah perlindungan banjir akibat kenaikan aras sungai, keselamatan pengguna hendaklah sentiasa diutamakan.


Dalam sesi itu, katanya pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kampung Gajah Fasa 2 di seberang juga sedang dalam peringkat awal reka bentuk perunding.


Beliau berkata, ia akan mengambil kira pembinaan denai di beberapa lokasi yang bersesuaian sepanjang jajaran projek sejauh 31 km itu.


''DSK merupakan program yang melibatkan pelbagai pihak. Pembinaan denai dapat mewujudkan 'sense of belonging', kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam kalangan masyarakat dan komuniti untuk menjaga kelestarian dan keindahan sungai sekali gus mengurangkan kes pencemaran,'' ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page